twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Kata Aluan Pengerusi JKKK



Alhamdullilah Hirabbilalamin

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Kampung Kayu Kelat berjaya menempuh arus kemodenan dalam dunia perkembangan Teknologi Maklumat masa kini. 

Dengan penubuhan Laman Web Rasmi Kg. Kayu Kelat, saya berharap akan memberi manfaat kepada penduduk Kg. Kayu Kelat dan juga masyarakat disekitarnya. Saya menaruh harapan yang tinggi bahawasanya  Kg. Kayu Kelat akan terus terserlah di mata dunia sekaligus mengangkat nama Kampung Kayu Kelat ke satu tahap yang lebih tinggi.

Usaha dan penat lelah yang  telah dilaksanakan oleh JKKK bersama-sama sokongan dan tenaga warga Kayu Kelat akan berbalas dengan kejayaan bersesuaian dengan motto kami BERSAMA MEMAJUKAN KAMPUNG KITA".

Akhir kata, selamat melayari Laman Web  Rasmi Kg. Kayu Kelat.

Sekian, terima kasih.

Mohd Yusof b. Haji Bidi
Pengerusi JKKK Kg. Kayu Kelat