![]()  | 
| Klik Gambar Untuk Besarkan Saiznya | 
Pentadbiran JKKK Kg. Kayu Kelat
- Pengurusan pentadbiran JKKK Kayu Kelat dilaksanakan oleh Pengerusi beserta AJK melalui mesyuarat bulanan dan mesyuarat khas.
 - Mesyuarat bulanan dilaksanakan mengikut jadual yang telah di rancang tertakluk kepada situasi semasa dan mesyuarat khas diadakan seandainya terdapat isu-isu yang perlu tindakan segera.
 - Tempat bermesyuarat di Pusat Sumber Kampung Kayu Kelat.
 - Aktiviti yang dirancang diputuskan melalui kesepakatan mesyuarat.
 - Wakil-wakil dari agensi kerajaan juga dijemput hadir bagi mendapat infomasi terkini terutama mengenai dasar-dasar kerajaan. Agensi-agensi yang turut hadir adalah Polis Diraja Malaysia, Bomba, Jabatan Perpaduan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Daerah Besut dan IADA KETARA.
 







